'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Pena Tok Guru

Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Thursday, January 21, 2010

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.

PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.

PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Asyura perdana PAS Lembah Pantai meriah

 Harakahdaily  


LEMBAH PANTAI, 19 Jan: Penganjuran Asyura Perdana PAS kawasan Lembah Pantai 17 Januari lalu mendapat sambutan meriah daripada penduduk sekitar dan ahli PAS kawasan tersebut.

Program yang diadakan di Jalan Kubur , Pantai dalam itu telah berjaya menyediakan 12 kawah bubur Asyura dan telah diagihkan ke cawangan-cawangan di sekitar Lembah Pantai.

Kejayaan itu hasil usaha kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat yang bertungkus lumus bermula dari menyiapkan rempah ratus dan bahan-bahan lain sehinggalah ke proses memasak bubur berkenaan.

Lebih meriah, majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohammad Nor dan Ahli Parlimen Lembah Pantai sendiri, Nurul Izzah Anwar.

Mereka diberi penghormatan memeriksa perbarisan anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS dan kemudiannya diberi peluang untuk berucap dihadapan anggota masyarakat Lembah Pantai yang hadir.

Majlis yang bermula jam 7 pagi itu kemudiannya berakhir jam 4 petang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS WP Parah Dilanggar Kereta

Oleh Herman Samsudeen


Gambar Kenangan : Dr(H)Ustaz Mohd Ali  Jamil (berbaju putih) bersama Yb Dr. Lo'lo menyambut Dato' Seri Nizar ketika lawatan beliau ke Kg. Bharu tahun lepas. Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan, Dr(H)Ustaz Mohd Ali Jamil kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari Sabtu, 16 Januari lalu.

Dalam kejadian berkenaan beliau dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang dan menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.

Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecedaraan parah dengan tangan serta kaki kirinya patah. Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Cheras turut kehilangan 5 batang gigi akibat kemalangan berkenaan.

Dr(H)Ustaz Mohd Ali  Jamil merupakan aktivis sepenuh masa PAS yang aktif sejak zaman mudanya dan pernah terlibat dalam organisasi Dewan Pemuda dan Dewan Ulama' PAS Negeri. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dengan mengajar serta memberikan kuliah dimasjid dan surau sekitar Lembah Klang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang ditemui memaklumkan bahawa beliau memerlukan sejumlah RM 3,000 bagi kos rawatan penyambungan besi bagi tangan dan kaki beliau yang patah.

Bagi ahli-ahli PAS serta mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam -14023010000110 atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atau menghubungi Kamaruzaman-019-2828536

Saturday, January 16, 2010

Planner Dewan Muslimat Wilayah

at 3:25 am (BERITA)


 

Berminat sila hubungi segera :013-605 0931 atau 019-673 2037

PAS Wilayah mampu benamkan MIC di Kuala Lumpur!


Artikel bertajuk “Pas Dah Mula Masuk Jarum, MIC Tunggu Apa Lagi…” dibawah ini, ditujukan khas oleh penulisnya kepada MIC. Tetapi saya mahu ahli-ahli PAS melihatnya sebagai satu maklumat untuk persediaan mengekalkan kemenangan yang diraih pada PRU 2008. Pada saya, apa yang ditulis ini merupakan satu fakta yang memberikan tekanan kepada MIC, tetapi ia bukan advantage kepada kita kerana undi kaum india bersifat elastic dan bergantung pada variable dalam persekitaran.
Ianya tidak tetap dan bergantung sejauh mana kita merapati mereka serta isu-isu yang berkepentingan pada mereka. Usaha kita kena berterusan untuk membenamkan MIC di Wilayah Persekutuan khususnya. Ya! kita mahu MIC dibenamkan bersama ketuanya Samy Vellu dan juga orang kuatnya di Wilayah iaitu Saravanan. Orang inilah yang sering mengugut dan menghasut kaum India. Hakikatnya mereka hanya mengumpulkan harta kekayaan buat kroni mereka dan menindas kaum India lain yang tidak menyokong mereka. Tak percaya? sila turun ke Indian Settlement di Kg. Pandan untuk mendengar sendiri kezaliman MIC!
Ianya tidak tetap dan bergantung sejauh mana kita merapati mereka serta isu-isu yang berkepentingan pada mereka. Usaha kita kena bertrusan untuk membenamkan MIC di Wilayah Persekutuan khususnya. Ya! kita mahu MIC dibenamkan bersama ketuanya Samy Vellu dan juga orang kuatnya di Wilayah iaitu Saravanan. Orang inilah yangs ering mengugut dan menghasut kaum India. Hakikatnya mereka hanya mengumpulkan harta kekayaan buat kroni mereka dan menindas kaum India lain yang tidak menyokong mereka. Tak percaya? sila turut ke Indian Settlement di Kg. Pandan untuk mendengar sendiri kezaliman MIC!
Pas Dah Mula Masuk Jarum, MIC Tunggu Apa Lagi…
Oleh : B. ANBUMANI (mediagemilang@yahoo.com)
“Jemputlah beramai-ramai ke majlis High Tea bersama masyarakat India – Anjuran Pas Wangsa Maju ” begitulah pendekatan yang digunakan oleh Pas bagi mempengaruhi masyarakat India di Kuala Lumpur ketika ini.
Mungkin Barisan Nasional (BN) dan MIC terlepas pandang langkah tersebut tetapi pendekatan tersebut boleh membawa padah kepada BN khususnya MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 nanti sekiranya tidak ditangani segera.
Pas dikatakan mengunakan kaedah yang cukup sederhana untuk mendekati masyarakat India, minum petang sambil beramah mesra. Penganjur dikatakan tidak mensasarkan kumpulan yang besar. Kehadiran kelompok kecil cukup untuk melengkapkan “korum” dan misi yang dirancang. Mereka dikatakan bergerak dari satu parlimen ke satu parlimen di Kuala Lumpur.
Walaupun masyarakat India tidak mudah terpengaruh kepada Pas sebelum ini, namun sejak PRU yang ke 12, memang tidak dinafikan sudah ada yang mula menyokong Pas setelah parti tersebut menerima masyarakat India dan Cina sebagai ahlinya – melalui Kelab Penyokong Pas.
Segelintir masyarakat India mula menyokong Pas kononnya kerana dasar keterbukaannya dalam politik arena nasional. Apakah langkah parti Pas ini akan membuka peluang untuk lebih ramai calon dari keturunan India bertanding atas tiket Pas pada PRU ke-13 nanti ataupun parti tersebut sekadar mencuri peluang untuk memperkasakan jentera parti.
Apa sekalipun alasannya, gerak-geri Pas untuk mendekati masyarakat India di Kuala Lumpur di lihat sebagai “taktik politik Pas” untuk memperkasakan jenteranya di Kuala Lumpur. Apakah masyarakat India akan terperangkap dengan permainan politik Pas ini?
Pas juga dikatakan sedar bahawa undi dari masyarakat India boleh menentukan kemenangan di beberapa kawasan parlimen di Kuala Lumpur – yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat di 10 kawasan Parlimen manakala BN hanya menang di Setiawangsa (selain Putrajaya dan Labuan).
Pada PRU yang ke-12, Pas tewas di Putrajaya dan Labuan. Pas menang di Parlimen Titiwangsa yang menjadi kubu kuat UMNO sebelum ini. Kemenangan Dr Lo ‘ Lo Ghazali di Titiwangsa telah memberikan semangat baru kepada Pas di Kuala Lumpur kerana berjaya menguasai parlimen Titiwangsa yang begitu akrab dengan UMNO, diklasifikasikan sebagai ” markas UMNO ” yang melibatkan Kampung Baru – penuh dengan sejarahnya sebagai perkampungan melayu yang tersohor di Malaysia.
PERATUSAN PENGUNDI INDIA
Peratusan pengundi masyarakat India di Kuala Lumpur menyaksikan Lembah Pantai merupakan paling tinggi iaitu sebanyak 20% dan di susuli Batu 16 %, Segambut 14 %, Titiwangsa 11 %, Setiawangsa 10 % , Bukit Bintang 10 %, Wangsa Maju 8 %, Bandar Tun Razak 8 %, Cheras 7 % dan Kepong 5 %.
Malah pada PRU yang ke-12, BN tersungkur di Lembah Pantai, Batu dan Bandar Tun Razak kerana rata-ratanya undi masyarakat India memihak kepada pembangkang disebabkan antara lain kerana isu Hindraf, penempatan semula setinggan, pembangunan sekolah tamil dan sebagainya.
Bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak , Datuk Seri Tan Chai Ho yang sebelum ini begitu gah di Parlimen Bandar Tun Razak selama tiga penggal, akhirnya tertewas juga kerana pengundi masyarakat India yang sebelum ini menjadi penyokong kuat BN mengundi calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana isu tanah Sekolah Tamil Bukit Jalil.
Titisan air mata Tan Chai Ho ketika tewas di Bandar Tun Razak masih sukar untuk dilupakan apabila kita membicarakan landskap politik Kuala Lumpur.
Namun, isu Sekolah Tamil Bukit Jalil dapat diselesaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru – baru ini. Kehadiran Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ke sekolah tersebut telah menyelesaikan banyak masalah yang tertangguh sebelum ini.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga kehilangan undi masyarakat India di semula saluran majoritinya pengundi India di Lembah Pantai. Malah kekalahan Shahrizat diketahui seawal 7.30 petang semasa hari pengundian pada PRU yang ke-12.
KEYAKINAN BARU MIC
Baru-baru ini, ketika berucap di majlis Malam Amal Deepavali MIC Bahagian Setiawangsa, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan menjanjikan sejumlah 70 % pengundi India di ibu kota akan menyokong BN pada PRU yang ke-13 nanti.
“Ini akan menjadi KPI saya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan,” katanya di hadapan Datuk Raja Nong Chik yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Walaupun Saravanan kelihatan begitu yakin dengan masa depan MIC di Wilayah Persekutuan dan juga sokongan kembali masyarakat India kepada BN namun MIC perlu memantau pergerakan Pas.
Walaupun majlis mereka tidak semeriah majlis anjuran BN tetapi percaturan dalam politik perlu mengambil kira banyak aspek termasuk strategi secara senyap, perang saraf, perang psikologi dan kempen pendaftaran pengundi baru.
Barang diingat, penganjuran majlis secara besar-besaran tidak semestinya menjanjikan kemenangan kepada BN. Yang penting suara pengundi itu sendiri. MIC dan BN di Kuala Lumpur perlulah mencari pendekatan yang lebih efektif untuk memenangi hati masyarakat India di Kuala Lumpur.
MIC pula perlu belajar dari kesilapan yang lampau – dan perlu mengambil iktibar daripada tsunami PRU ke-12. Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf di mana MIC dan Gerakan merupakan antara dua buah parti politik yang paling lembab membantu badan tersebut mendaftarkan pengundi baru sejak PRU yang ke-12 patut diberikan perhatian segera oleh MIC.
PERLU ADA PERANCANGAN
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pula telah mengutus surat kepada seramai 3,600 ketua cawangan MIC di seluruh negara supaya memastikan semua ahli MIC di cawangan masing-masing akan peri pentingnya pengundi baru dan mengenalpasti pengundi luar.
“Ahli-ahli MIC perlu memastikan berapa ramai anggota MIC yang berjumlah 630,000 ketika ini betul-betul menjadi pengundi sekiranya kita mahu memperkukuhkan jentera parti,” kata Samy dalam surat terbukanya kepada semua Ketua cawangan.
Apakah perancangan MIC di WP? MIC Wilayah Persekutuan perlu melipat gandakan usaha untuk menganjurkan lebih banyak program pendaftaran pengundi baru dan penyemakan pengundi baru secara kecil-kecilan di setiap kawasan perumahan khususnya di kawasan PPR sambil beramah mesra.
Penduduk yang pernah tinggal di kawasan setinggan yang kini telah berpindah ke kawasan PPR juga perlu diutamakan. Sekiranya masih ada yang menetap di kawasan setinggan – dekatilah mereka supaya tidak ada pihak tertentu cuba mempengaruhi mereka. Memang sukar untuk memuaskan hati penduduk setinggan tetapi lambat laun hati mereka menjadi lembut jua sekiranya terjalin hubungan mesra dua hala.
Cawangan dan Bahagian MIC di Kuala Lumpur perlu bangkit untuk menjayakan misi pendaftaran kempen pengundi muda dan pengundi baru. MIC hanya dapat diperkasakan sekiranya parti tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat India.
Ingatlah, masa semakin suntuk, manakala cabaran politik semakin getir.

Saturday, January 9, 2010

Serangan Terhadap Gereja pada hari Jumaat 8 Januari 2010

Oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.


Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam. Begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka. Bahkan, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.
Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.
Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Muharram 1431 H bersamaan 8 Januari 2010

PAS kutuk keras tindakan serang gereja

Sumber: HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya. 

Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya.
Katanya, begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, katanya, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

"Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam," katanya.
Dalam pada itu, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.
Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.
Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.
“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.
Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.

Saturday, January 2, 2010

KISAH ENJIN PESAWAT & BESI BURU

SEMUA  macam tak percaya, macamana enjin pesawat terbang seberat 600 paun boleh lolos dari kawalan keselamatan. Macamana perkara ini boleh berlaku. Siapa Menteri Pertahanan ketika itu ?
Khabarnya enjin itu sudah diseludup ke Argentina, malah ada laporan yang mengatakan enjin tersebut sudah berada di sebuah negara Asia barat yang anti Amerika. Macamana boleh lolos ?
(II)          KEHILANGAN GERABAK KERETAPI.
Pada tahun 80an dahulu negara digemparkan dengan kehilangan sebuah gerabak keretapi di Stesen Tapah Road, Perak. Semua macam tak percaya bagaimana sebuah gerabak keretapi yang begitu besar sangat berat dicuri.
Dari segi logiknya kerja mencuri gerabak bukan kerja mudah. Paling kurang memerlukan sebuah treler panjang dan 2 buah kren untuk mengangkat gerabak itu, sebelum diangkat ke atas treler dan di bawa lari. Macam mana boleh lolos ?
(III)        KEHILANGAN DANDANG
Seperti juga gerabak keretapi, sebuah dandang yang begitu besar dan berat perlu kepada kren dan treler untuk diangkut. Dandang iaitu satu peralatan mekanikal, didapati telah dicuri dari kawasan kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kejadian berlaku pada waktu siang hari malah pada hari berkerja.
Dandang tersebut telah dibawa keluar dan melalui pemeriksaan keselamatan di pintu keluar universiti itu. Macamana boleh lolos ? Bolos ?
(IV)       BESI BURUK
Tayar terpakai boleh tak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual. Alat ganti kereta terpakai tidak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual di pasaran dalam negara.
Kebanyakan alatganti kenderaan yang terdapat di kedai potong atau kedai alatganti terpakai adalah dibawa masuk dari negara luar terutama dari Jepun. Ianya dibawa masuk ke Negara ini dan diikrarkan oleh pengimpot sebagi besi buruk atau barang lusuh.
Cukai yang dibayar kepada Kerajaan ialah ‘cukai besi buruk’ bukannya cukai alatganti. Harga jualan satu enjin kereta terpakai sudah mencukupi untuk membayar cukai besi buruk satu kontena !
Tidak menghairan dan tidak mustahil jika enjin pesawat yang hilang itu dibawa keluar melalui pemeriksaan Kastam dan diikrarkan sebagai besi buruk. Lalu lolos ketika Najib jadi Menteri Pertahanan !
Pepatah Melayu berbunyi “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”.

Komentar terkini

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya..
PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan  di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya  “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai Tuhan  “Pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.
PAS mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Soddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
Perlu  ditegaskan ini bukan berarti PAS menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini PAS yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.
Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Perutusan Sambutan Hijrah 1431: Satu Iktibar

18/12/2009

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga kedatangan tahun baru hijrah dapat memberikan pengertian yang bermakna kepada perjuangan agama Allah di atas muka bumi ini. Hijrah yang memerlukan pengorbanan jiwa, perasaan, tenaga dan harta benda. Baginda berhijrah kerana ia adalah arahan Allah SWT kerana bumi Makkah tidak subur untuk baginda meneruskan usaha dakwah. Maka baginda berhijrah kerana di Madinah adalah tapak yang subur untuk nabi SAW meneruskan usaha  menegakkan Islam yang syumul.
Semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW  mesti dijadikan aspirasi kita dalam meneroka jajaran dakwah  di negara ini. Hijrah dengan penuh strategik dan perancangan yang begitu rapi bukan secara membuta tuli. Nabi SAW melakukan hijrah dengan mengambil jalan yang jarang manusia lain lalu, bersembunyi di Gua Thur sebelum terus bergerak ke Madinah, semua ini menunjukkan Nabi SAW memberi tarbiah kepada kita dalam kerja dakwah dan perjuangan walaupun nabi boleh berdoa kepada Allah dan mengutuskan tentera-tentera Allah untuk membantu Nabi tanpa bersusah payah. Sebaliknya Nabi telah merancang dengan begitu teliti sekali sewaktu baginda mangatur untuk berhijrah.
Iktibarnya  walaupun perjuangan kita betul, dan musuh kita salah dan batil, tetapi jika kita tidak merancang  dengan betul, bererti kita merancang untuk gagal. Dalam konteks demokrasi jika kita tidak meramaikan ahli dan perbanyakkan cawangan serta menambahkan pengundi berdaftar maka kita kalah. Sunnah Allah tidak berubah. Kalau PAS tidak buat kerja kita kalah, kalau Umno  buat kerja dia menang.
Semoga hijrah memberikan pengajaran yang cukup bermakna kepada perjuangan kita dan mencapai cita-cita suci kita semua. Kita mengharapkan kerja kita pada tahun 1431H lebih cemerlang daripada 1430H. Kita tinggalkan segala kerja-kerja yang melambatkan kemenangan kita seperti berbalah sesama sendiri, menyelesaikan masalah parti dengan menggunakan media musuh, mendedahkan startaegi parti dan mendedahkan apa yang berlaku di dalam mesyuarat dalam blog. Azam baru kita ialah hijrahlah kepada hidup yang lebih harmoni dan membina parti kita dengan lebih cemerlang. Hijrahlah kepada akhlak berjamaah yang menguntungkan parti. Hijrahlah untuk menegur parti di majlis yang sesuai dengan akhlak orang yang mahu melihat Islam didaulatkan. Hijrahlah untuk membina parti yang lebih cemerlang dan Islam dijulang.

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin