'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Pena Tok Guru

Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh: PAS WP Turut mengucapkan Takziah(Alfatihah)

Presiden PAS dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Pesekutuan rakam takziah

Sumber :Harakahdaily dan PASWP


KUALA LUMPUR 21 Mei 2010: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan(Hj Mohamad Noor Mohamad)merakamkan ucapan takziah dan sedekah bacaan Alfatihah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter .

Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Selain mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.

"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang hari sabtu.

"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang sabtu, seramai lebihkurang 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.

Dilaporkan beberapa mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam kelmarin.

Monday, May 16, 2011

Risalah Penerangan Edaran untuk PASWP

Kepada PAS Kawasan2 WP dan LAbuan minta download risalah2 berkenaan dan sampaikan kepada kawasan dan cawangan2,tksh











Wednesday, March 2, 2011

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Hapuskan saman ekor sekiranya Pakatan Ke Putrajaya"
1 Mac 2011

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Monday, February 28, 2011

PAS W.P Juga Mengucapkan Takziah


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
27 Februari 2011
"Takziah di atas pemergian Dr Necmettin Erbakan ke rehmatullah"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sunday, February 27, 2011

KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

MENDESAK NAJIB UNTUK MENARIK BALIK TUDUHAN LIAR TERHADAP
SYEIKH DR YUSUF AL-QARDHAWI DAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

KENYATAAN MEDIA : DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

NAJIB MEMALUKAN MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM
(26 Februari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya meminta maaf secara terbuka kepada ulama’ tersohor dunia, Prof Dr Yusof al Qaradhawi serta gerakan Islam terbesar dunia, Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

DPPWP merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam. DPPWP kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama’ kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu. Bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

"Cadangan Penubuhan Gerakan Peminjam-Peminjam PTPTN-MARA (GPP)"
25 Februari 2011

Pemuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan peminjam-peminjam PTPTN dan MARA pada hari esok sabtu 26hb Februari 2011 jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. Berdasarkan kepada maklumbalas yang sangat positif setakat ini daripada peminjam, keluarga dan mereka yang bersimpati dengan peminjam PTPTN dan MARA maka Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mencadangkan dalam pertemuan esok , penubuhan suatu gerakan rakyat yang dinamakan Gerakan Peminjam-Peminjam PTPTN –MARA (GPP). Gerakan ini akan dianggotai oleh para peminjam PTPTN, peminjam pendidikan MARA, peminjam pelajaran lain-lain agensi, NGO, parti-parti politik dan Individu yang bersimpati.
Matlamat penubuhan GPP adalah :

Tuesday, February 22, 2011

KENYATAAN PRESIDEN PAS PUSAT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan kejam pembunuhan ke atas ratusan rakyat Libya yang meyuarakan tuntutan hak mereka. Rakyat Libya yang tidak bersenjata telah turun ke jalan raya menuntut hak mereka yang dinafikan selama puluhan tahun. Tindakan pihak keselamatan kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah menggunakan senjata berat ke atas rakyat yang menunjukkan perasaan mereka adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak patut berlaku pada zaman moden ini.

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

"Memorandum ke Kedutaan Libya"

1. Kebangkitan rakyat yang meletus di negara - negara Arab mutaakhir ini yang telah pun menumbangkan regim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

2. Suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya. Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai "time bomb" setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator.

Muhyidin Mengaku PAS Kuat Di Sarawak






Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah PAS di Sarawak menandakan PAS menjadi ancaman kepada BN di Sarawak. PAS tidak menyangka Timbalan Presiden begitu gerun dengan kewujudan PAS di Sarawak sehingga membuat tuduhan liar kepada PAS sebagai parti yang mengarut dan membawa pecah belah kepada masyarakat. Beliau memberi amaran kepada rakyat Sarawak supaya menjauhi PAS.

Saturday, February 19, 2011

P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Sumber:http://malaysiakini.com/news/156429

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.


Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.



Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.


TakZiah

AlFatihah:Kami warga BPPNWP mengucapkan takziah kepada keluarga Tuan Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat di atas kepergian ibu beliau ke Rahmatullah pada 14 Rabiulawal 1432H bersamaan 17 Februari 2011(1.18am) di rumahnya di Guar Petai,Moga roh beliau digolong bersama para solehat
Ertinya: “Semoga Allah memberi ganjaran yang besar, mengelokkan dukacitamu dan mengampunkan mayat (ahli keluarga)mu.”

Buktikan Kenyataan TGNA Sesat?

Tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan PAS telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam. PAS mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguris Islam dan umat Islam selama ini. PAS boleh buktikan dengan tahalluf siyasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno bersama Barisan Nasional dalam program Islamisasi. Masjid di negeri Pakatan Rakyat makmur dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri Umno memerintah masjid mati sebelum penduduk mati. MCA berkawan dengan Umno 53 tahun gagal untuk memahami hukum salam lelaki dengan perempuan. Puncanya pemimpin orang seperti Tun gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim yang hakiki.

Wednesday, February 16, 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

"Jangan Iktiraf Penghinaan Islam"
15 Februari 2011


1. Negara sekali lagi telah gempar dengan langkah pihak tertentu yang mahu membawa masuk seorang penyanyi yang bernama Mohsen Namjoo ke KLCC Convention Center pada 18 Feb 2011. Penyanyi ini diberi jolokan sebagai "Iran Bob Dylan" oleh New York Time satu ketika dahulu.

2. Mohsen Namjoo merupakan seorang penyanyi kelahiran Iran dilaporkan kini beliau tidak lagi menetap di Iran. Apa yang menjadi persoalan ialah latar belakang artis ini mencetus kontraversi apabila beliau dikatakan telahmenghina Islam menerusi lagu - lagu yang dinyanyikannya.

3. Mohsen Namjoo juga dilaporkan pernah dipenjara oleh kerajaan Iran atas kesalahan ini dan kemudiannya dibebaskan setelah beliau memohon maaf, namun beliau masih mengulangi perbuatan yang sama . Terakhir beliau membuat persembahan di Berlin dan masih mengekalkan sikap beliau dengan mengejek, menghina dan sinis terhadap agama Islam.

Tuesday, February 15, 2011

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.



Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Monday, February 14, 2011

PAS Wilayah Perkukuhkan Skuad Media

Khairul Izwan
http://www.harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 13 Feb 2011: PAS Wilayah Persekutuan berjaya menganjurkan Seminar Kewartawanan dalam usaha mewujudkan skuad media PAS Wilayah Persekutuan.


Seminar anjuran Lajnah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan itu bertempat di Bangunan Kohilal telah mendapat sambutan menggalakkan dari para peminat media di sini.



Dalam usaha menjayakan seminar tersebut, pihak penganjur telah menjemput dua penceramah iaitu Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily untuk memberi pendedahan berkenaan asas penulisan berita.

Sunday, February 6, 2011

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA


"Kebangkitan Rakyat Tunisia"


Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil. 

Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti. Pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya di kenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.
Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Isnin 12 Safar 1432 H / 17 Januari 2011

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin