Presiden PAS dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Pesekutuan rakam takziah
Sumber :Harakahdaily dan PASWP
KUALA LUMPUR 21 Mei 2010: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan(Hj Mohamad Noor Mohamad)merakamkan ucapan takziah dan sedekah bacaan Alfatihah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter .
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Selain mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang hari sabtu.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang sabtu, seramai lebihkurang 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dilaporkan beberapa mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam kelmarin.
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...
4 years ago