'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Pena Tok Guru

Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Tuesday, February 22, 2011

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

"Memorandum ke Kedutaan Libya"

1. Kebangkitan rakyat yang meletus di negara - negara Arab mutaakhir ini yang telah pun menumbangkan regim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

2. Suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya. Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai "time bomb" setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator.

Muhyidin Mengaku PAS Kuat Di Sarawak






Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah PAS di Sarawak menandakan PAS menjadi ancaman kepada BN di Sarawak. PAS tidak menyangka Timbalan Presiden begitu gerun dengan kewujudan PAS di Sarawak sehingga membuat tuduhan liar kepada PAS sebagai parti yang mengarut dan membawa pecah belah kepada masyarakat. Beliau memberi amaran kepada rakyat Sarawak supaya menjauhi PAS.

Saturday, February 19, 2011

P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Sumber:http://malaysiakini.com/news/156429

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.


Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.



Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.


TakZiah

AlFatihah:Kami warga BPPNWP mengucapkan takziah kepada keluarga Tuan Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat di atas kepergian ibu beliau ke Rahmatullah pada 14 Rabiulawal 1432H bersamaan 17 Februari 2011(1.18am) di rumahnya di Guar Petai,Moga roh beliau digolong bersama para solehat
Ertinya: “Semoga Allah memberi ganjaran yang besar, mengelokkan dukacitamu dan mengampunkan mayat (ahli keluarga)mu.”

Buktikan Kenyataan TGNA Sesat?

Tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan PAS telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam. PAS mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguris Islam dan umat Islam selama ini. PAS boleh buktikan dengan tahalluf siyasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno bersama Barisan Nasional dalam program Islamisasi. Masjid di negeri Pakatan Rakyat makmur dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri Umno memerintah masjid mati sebelum penduduk mati. MCA berkawan dengan Umno 53 tahun gagal untuk memahami hukum salam lelaki dengan perempuan. Puncanya pemimpin orang seperti Tun gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim yang hakiki.

Wednesday, February 16, 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

"Jangan Iktiraf Penghinaan Islam"
15 Februari 2011


1. Negara sekali lagi telah gempar dengan langkah pihak tertentu yang mahu membawa masuk seorang penyanyi yang bernama Mohsen Namjoo ke KLCC Convention Center pada 18 Feb 2011. Penyanyi ini diberi jolokan sebagai "Iran Bob Dylan" oleh New York Time satu ketika dahulu.

2. Mohsen Namjoo merupakan seorang penyanyi kelahiran Iran dilaporkan kini beliau tidak lagi menetap di Iran. Apa yang menjadi persoalan ialah latar belakang artis ini mencetus kontraversi apabila beliau dikatakan telahmenghina Islam menerusi lagu - lagu yang dinyanyikannya.

3. Mohsen Namjoo juga dilaporkan pernah dipenjara oleh kerajaan Iran atas kesalahan ini dan kemudiannya dibebaskan setelah beliau memohon maaf, namun beliau masih mengulangi perbuatan yang sama . Terakhir beliau membuat persembahan di Berlin dan masih mengekalkan sikap beliau dengan mengejek, menghina dan sinis terhadap agama Islam.

Tuesday, February 15, 2011

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.



Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Monday, February 14, 2011

PAS Wilayah Perkukuhkan Skuad Media

Khairul Izwan
http://www.harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 13 Feb 2011: PAS Wilayah Persekutuan berjaya menganjurkan Seminar Kewartawanan dalam usaha mewujudkan skuad media PAS Wilayah Persekutuan.


Seminar anjuran Lajnah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan itu bertempat di Bangunan Kohilal telah mendapat sambutan menggalakkan dari para peminat media di sini.



Dalam usaha menjayakan seminar tersebut, pihak penganjur telah menjemput dua penceramah iaitu Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily untuk memberi pendedahan berkenaan asas penulisan berita.

Sunday, February 6, 2011

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA


"Kebangkitan Rakyat Tunisia"


Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil. 

Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti. Pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya di kenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.
Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Isnin 12 Safar 1432 H / 17 Januari 2011

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin