Pastikan rumah PPR untuk semua
Oleh Samsuri Roslan
KUALA LUMPUR 14 Julai — PAS Wilayah Persekutuan mendesak pihak berkuasa supaya tidak mengagih kepada ahli Umno sahaja projek rumah rakyat yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Nor Mohamad mendesak kerajaan Pusat dapat menyediakan satu makanisme penjualan rumah yang lebih menyeluruh dan adil kepada seluruh rakyat di Wilayah Persekutuan.
Sambil mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini, beliau mahu penjualan rumah ini tidak dilihat dari kapisiti kepentingan politik tertentu sebagai usaha memancing undi.
“Kami tidak mahu isu penjualan rumah ini dibolot oleh pihak tertentu terutamanya dari kalangan ahli Umno dan ahli Barisan Nasional sehingga mengabaikan mereka yang bukan ahli dari parti berkenaan,” katanya.
Mohamad Nor berkata demikian ketika diminta mengulas ‘11 hadiah’ rakyat sempena 100 hari pemerintahan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia. Antara 11 hadiah ini termasuk penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
Sebanyak 44,905 unit rumah sewa PPR sedia dijual kepada penghuni yang selama ini menyewa rumah terbabit bermula November ini secara berperingkat-peringkat.
Dalam reaksi balasnya pula, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal berkata, ia peluang kepada penyewa PPR untuk memiliki rumah sendiri.
Mohamad Nor juga mengakui 44,905 unit rumah yang bakal dijual disifatkan terlalu sedikit jika di bandingkan dengan bilangan keseluruhan rumah yang sudah lama di sewa oleh para penduduk Wilayah Persekutuan.
“Sepatutnya unit rumah yang bakal dijual perlu ditambah jumlahnya bagi menampung keperluan penduduk yang sudah terlalu lama menetap di sini,” katanya.
Kata beliau, sudah terlalu lama penduduk menetap di sekitar Wilayah sehingga sudah ada dua atau tiga genarasi.
“Semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah juga telah berjanji akan menjual rumah ini kepada para penduduk Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan sehinggalah janji Najib pula,’ katanya.
Selain itu, Pesuruhjaya PAS ini juga turut bersetuju dengan tindakan Najib yang mahu melaksasanakan ‘sewa-beli’ terhadap unit PPR ini.
“Sepatutnya harga rumah ini ditolak daripada sewa yang sudah dilunaskan oleh para penduduknya dan bukan dengan harga yang baru pula.”
Kata beliau lagi, sudah lama para penduduk menyewa kediaman rumah ini dan sepatutnya ia dijual selepas ditolak dari sewa yang mereka lalukan selama ini.
Mohamad menambah, kepemimpinan PAS Wilayah akan terus memantau dari masa ke semasa dan bersedia bekerjasama agar usaha yang dilakukan kerajaan ini benar-benar memberi keadilan kepada rakyat.
Comments (5)
written by Abuhamid, July 14, 2009
The 1st person (and still is) who got a free PRR in my pro-BN village after PRU is a diehard supporter of PAS supporter who badmouth everything BN. That's before 1Malaysia was even heard of..
So to all those who prejudge Malaysian humans please hold your horses. Bersekutu Bertambah Mutu.
written by timothy cheng, July 15, 2009
pihak berkuasa perlu meninjau kembali cara pemberian rumah PPRT kepada mereka yang layak dan memerlukan sahaja. banyak kepercayaan yang diberikan kepada pihak tertentu telah disalahgunakan dan mereka yang sebenarnya lebih layak dipinggirkan. harapan kami pihak yang berkenaan jangan berat tulang dan punggung menangani kemelut ini. jangan hanya laungkan keadilan tetapi pada hakikatnya tiada malah kejam.
written by leslie, July 15, 2009
PPRT adalah projek perumahan kerajaan untuk golongan sederhana & miskin untuk rakyat.
Adakah pihak tersebut benar-benar tulus & adil dalam pemberian rumah tersebut kepada yang berhak?
Tepuk dada tanya sendiri..periksa akaun mereka..gelaja rasuah. Pihak tertentu mungkin sudah `booking' beberapa unit rumah untuk `perniagaan sendiri-sewa kpd orang lain atau jual dengan harga lebih tinggi'. Ia perlu dikemaskini..ramai lagi belum ada rumah sendiri...terlalu mahal & jauh.
1malaysia not only for BN people but for ALL Malaysians regardless of skin color.
written by Wong Pencen, July 16, 2009
Di sinilah perlunya penyelarasan terhadap maksud perkataan 'patut'. Buat masa kini, apa yang patut dengan apa yang tidak patut lebih banyak bergantung kepada pandangan orang yang mengatakannya.
PAS kata patut, UMNO kata tak patut. Apa yang UMNO kata patut pula PAS kata tak patut, sedangkan semua pihak membincangkan perkara yang sama.
PAS kata patut berikan kepada semua yang layak. UMNO kata memang dia berikan kepada yang layak sahaja. PAS kata kelayakan wajar berdasarkan taraf hidup. UMNO kata memang betul, tetapi kenapa pula nak kena bagi pada orang yang tidak menyokong kerajaan sedangkan yang nak diberikan ini dibina oleh kerajaan.
Semua kata mereka betul. Ialahkan, mana ada orang yang sukarela mengaku dia buat perkara yang salah? Semua atau hampir semua orang akan menyataka mereka berbuat sesuatu yang betul sahaja. Kita pun selalu dengar dialog dalam cerita TV, apabila orang ditangkap oleh pihak berkuasa. Hampir semua akan menyatakan mereka tak buat salah apa pun, walaupun semua bukti menunjuk kearah yang dia bersalah.
Dalam isu rumah yang dibincangkan di sini, wajar bagi yang membuat keputusan pengagihannya benar-benar memahami akan pemisahan antara kerajaan dan parti politik yang membentuk kerajaan. Saya menyatakan begini kerana masih terlalu banyak rakyat Malaysia yang berkeras menyatakan jalanraya, sekolah dan kemudahan-kemudahan awam yang ada sekarang dibina dan disediakan oleh Kerajaan BN.
Manakan tidak, semasa pembangunan projek-projek ini, memang diiklankan dalam papan tanda projek bahawa ianya "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Memang betul pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan BN namun wang yang digunakan untuk pembangunan tersebut bukan wang BN. Wang kerajaan yang digunakan.
Namun demikian, saya tulis panjang-panjang pun ada pula nanti yang kata saya anti kerajaan. Memang kesian rakyat Malaysia ni, perkara asas yang begini pun belum dapat faham lagi. Cerita besar-besar, nak bersaing di peringkat antarabangsa, matlamat nak jadi negara maju tetapi rakyatnya masih berada ditakuk lama. Tak faham-faham.
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...
4 years ago
No comments:
Post a Comment