'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Pena Tok Guru

Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Tuesday, July 27, 2010

Kajian HukuM Vigil(nyalaan lilin)

Artikel di bawah bersumber daripada Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), sumber Virtual University. Satu penjelasan berkenaan isu nyalaan lilin. Diharap memberi manfaat dan pengajaran kepada para pembaca.
Pengenalan

Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yangber agama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).

 
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik  dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah )
Sabda Nabi SAW :
عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏قَالَ ‏: ‏مَنْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ
يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ
أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari)


Matlamat untuk membela keadilan semua golongan keharusannya adalah jelas berdasarkan kepada penghujahan syarak, bahkan ia wajib ke atas umat islam membela semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.
Isu nyalaan lilin atau dikenali sebagai VIGIL banyak dipersoalkan pada hari ini, dan tidak kurang pula golongan yang sedang menunggu dengan panapisnya untuk menangguk di air yang keruh.
Bagi pihak Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), isu ini memerlukan kepada penjelasan terperinci terhadap umat islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.
Setelah membuat kajian dan penyelidikan, kami dapati memegang lilin tidak boleh disifatkan harus secara mutlak dan tidak boleh disifatkan haram secara mutlak.
Ini kerana, tujuan dan cara penyalaan lilin serta sempenanya adalah berbeza, menjadikan natijah hukumnya juga adalah berbeza.

Tujuan Nyalaan Lilin.

Setelah dibuat kajian dan penelitian, memegang lilin atau vigil dapat disimpulkan penggunaannya untuk beberapa tujuan. Antaranya:

1.  Pemujaan: kebiasaanya diletakkan di kiri dan kanan gambar si mati. Ini diamalkan di dalam agama yang memuja mengagungkan serta meminta keberkatan dan restu daripada nenek moyang yang telah meninggal.([1])
2.  Berkabung: kebiasaannya dinyalakan oleh  mereka yang mengziarahi si mati. Ia mengandungi kepercayaan tentang roh si mati yang sedang berlegar di sekeliling si mati dalam tempoh 3 hari untuk bersatu semula dengan badanya yang asal. Nyalaan lilin dipercayai boleh membantu roh tersebut.([2])
3.  Kepercayaan kepada kuasa: sebahagian daripada penganut buddha mempercayai bahawa lilin dapat memberikan kuasa dan nasib yang baik. Oleh itu, kadangkala lilin virgin boleh dianggap pembawa tuah dan berkat.([3])
4.  Simbol: Bagi kebanyakan budaya barat, lilin dijadikan simbol yang menunjukkan protes terhadap sesuatu perkara. Ia dijadikan simbol kecerahan dan cahaya sebagai simbolik terhadap tuntutan pembaikan pulih sesuatu perkara. Ia juga simbol kepada umur dan sebagainya.([4])
Secara pastinya, ia bukan budaya kebiasaan dan adat umat islam atau kebudayaan kaum atau bangsa yang lahir daripada fitrah kemanusiaan, bahkan ianya lahir daripada kepercayaan dan fahaman.

Hukum Berkaitan Kategori  di atas.


A. Kategori pertama kedua dan ketiga.
Selepas melihat kepada realiti dan tujuan menyalakan lilin, maka kategori pertama iaitu dengan tujuan pemujaan, kedua iaitu dengan tujuan perkabungan dan ketiga iaitu dengan tujuan kepercayaan kepada kuasa lilin adalah haram.

Dalil kepada pengharaman ini ialah:
1.  Umum ayat larangan.
Antara ayat yang umum yang berkaitan ialah ayat-ayat larangan daripada mengikuti jejak langkah golongan yang bukan islam, antaranya ialah firman Allah SWT:
Maksudnya: : Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu). – (Yunus: 89).

Dan firman Allah kepada Rasulnya SAW:
Maksudnya: Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar). – (Al-Jaathiah: 18).

2.  Hadis yang melarang meniru kaum bukan Islam.
Hadis nabi saw :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – riwayat Abu Daud.
Perkataan تشبه  di dalam hadis ini  bermaksud meniru, iaitu berusaha untuk menyerupai sesuatu kaum dengan usaha dan sengaja. Berbeza dengan perkataan شبه yang bermaksud menyerupai sesuatu sama ada secara sengaja dan usaha atau tidak sengaja dan tanpa usaha.
Hadis di atas adalah hadis yang sahih melalui riwayat Abu Daud. Di sana terdapat pelbagai riwayat dengan pelbagai lafaz yang memberikan maksud yang sama seperti riwayat Tarmizi yang berbunyi:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا

Maksudnya: bukan dari kalangan kami orang yang meniru golongan yang lain.
Tetapi riwayat-riwayat yang lain dipertikaikan kesahihannya melainkan riwayat Abu Daud sebelumnya.
Hadis ini sebenarnya mempunyai makna yang umum, iaitu barangsiapa yang meniru kaum yang baik, maka baiklah dia dan barangsiapa yang meniru kaum yang tidak baik dan kufur, maka ia juga sebahagian daripada mereka.

Pengajaran hadis:


Penyerupaan kaum yang bukan islam bukanlah diharamkan secara mutlak.
Kategorinya adalah seperti berikut:
1.  Jika penyerupaan itu mempunyai unsur ibadat yang bukan islam, maka ia adalah haram tanpa khilaf dan takwil. Jelasnya pengharaman memasang lilin bagi tujuan pemujaan adalah haram bagi umat islam berdasarkan hadis di atas dan dalil-dalil yang lain.

2.  Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat,  ianya adalah budaya dan adat bukan islam yang bersusur galur daripada kepercayaan tertentu yang mempunyai hubungan kait dengan syirik, perbuatan tersebut tidak  mempunyai manfaat yang realiti bagi  pelakunya, atau alat tersebut digunakan bukan bagi tujuan asal pembuatannya, maka hukumnya juga adalah haram kerana termasuk di dalam kategori berusaha dengan sengaja menyerupai kaum tersebut. Jelasnya, kategori kedua dan ketiga iaitu menyalakan lilin bagi tujuan berkabung dan kepercayaan kepada kuasa juga adalah haram. Ini kerana, perbuatan ini adalah perbuatan dan amalan bukan islam, ia bersusur galur daripada kepercayaan agama, nyalaan lilin di dalam kategori kedua dan ketiga di atas bukan digunakan bagi tujuan asal iaitu menerangi ketika gelap.

3.  Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat tetapi ianya mempunyai manfaat yang realiti bagi penggunanya, maka ia diharuskan. Contohnya penggunaan kereta yang asalnya daripada bukan islam.
Ringkasnya, hadis di atas asalnya merupakan larangan meniru cara golongan yang bukan islam secara umum dan mutlak, sama ada meniru perbuatan ibadat mereka, adat dan budaya mereka yang bermanfaat atau tidak bermanfaat bagi umat islam yang menirunya.

Tetapi meniru cara dan perkara yang bermanfaat daripada golongan bukan islam diharuskan berpandukan kepada cara penggalian parit yang ditiru oleh Nabi Saw daripada kaum Parsi kerana penggalian parit itu bermanfaat bagi umat islam guna sebagai strategi mempertahankan Madinah.

B. hukum bagi kategori keempat.
Kategori keempat, iaitu kategori menyalakan lilin sebagai simbol tertentu, dikategorikan di dalam kategori syubhah. Syubhah bermaksud halal dan haramnya tidak jelas. Sabda nabi Saw:
الحلال بين ، والحرام بين ، وبينهما أمور مشتبهات ، لا يعلمها كثير من الناس ،
Maksudnya: Halal itu nyata dan haram itu nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Hadis sahih riwayat muslim dan lain-lainnya.

Penggunaan lilin ketika memprotes sesuatu perkara seperti memprotes penyelewengan perlaksanaan demokrasi sebagai simbolik kepada perlu menerangi demokrasi yang telah malap, dianggap sebagai syubhat kerana:
1.  halalnya tidak jelas kerana cara dan pengamalannya datangnya daripada golongan bukan islam yang mempunyai kaitan dengan pemujaan dan kepercayaan berkaitan roh dan kematian. Berbeza dengan melepaskan burung merpati sebagai simbol kebebasan, sekalipun ianya berasal daripada amalan dan cara mereka yang bukan islam, tetapi ia tidak
mempunyai asas cara ibadat yang bukan islam sebagaimana penyalaan lilin.
2.  haramnya juga tidak jelas kerana ia mempunyai maksud dan simbul tersendiri yang mengenepikan maksud sengaja meniru kaum tersebut.
3.  alternatif lain sebagai simbol protes seperti membebaskan burung merpati dan sebagainya.
4.  Syubhatnya menjadi bertambah kuat terutamanya ketika perbuatan tersebut dilakukan bersempena dengan kematian.
Sikap kita umat islam terhadap perkara syubhat sebagaimana pesan nabi SAW berkenaan perkara syubhat:
فمن اتقى الشبهات استبرأ لديه وعرضه ، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام
، كراع يرعى حول الحمى يوشك أن يواقعه ، ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن
حمى الله في أرضه محارمه
Maksudnya: Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat, maka ia telah selamatkan agamanya dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh (melakukan) perkara syubhat, maka ia terjatuh ke dalam perkara haram, sama seperti pengembala yang mengembala berhampiran dengan kawasan larangan, maka mudahlah (gembalaannya) menceroboh kawasan larangan tersebut. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya bagi setiap raja mempunyai kawasan larangannya, dan ketahuilah kawasan larangan Allah di bumi ini adalah larangannya (perkara yang haram). Hadis sahih riwayat muslim
dan lain-lainnya.

Justeru itu, sikap kita terhadap perkara yang syubhat adalah seperti berikut:
1.  Tidak boleh menganggap si pelakunya melakukan perkara yang haram.
2.  Perkara syubhat ini juga tidak boleh dianggap halal dan harus sehingga boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
3.  Perlu disarankan mereka yang terlibat supaya menjauhinya kerana ia boleh menjuruskan kepada perkara yang haram. Berbeza dengan sikap kita terhadap perkara yang jelas haram, di mana mencegah perbuatannya adalah wajib.
Niat tidak boleh jadi ukuran jika perbuatan itu adalah haram.
Jikalau sesuatu perbuatan jelas pengharamannya dan bukan syubhat, maka niat yang baik tidak boleh mengharuskan perbuatan yang haram tersebut.
Oleh itu, jika menyalakan lilin dengan disertai unsur persamaan dengan pemujaan, perkabungan kematian dan kepercayaan tertentu, maka perbuatan itu dihukumkan haram sekalipun dengan niat yang baik.
Kaedah ini cukup jelas diperbahaskan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab usul. Dr. Yusof Al-Qardhawi dengan jelas meringkaskan perbahasan tersebut dan menyusun penjelaskan yang begitu mudah dan terang di dalam kitabhnya Halal Dan Haram Dalam Islam.
Oleh itu, umat islam tidak harus menyalakan dan memegang lilin di dalam upacara kematian atau upacara mengingati kematian sekalipun dengan niat mentakziahkan keluarga si mati.
Kaedah ini,iaitu niat yang baik tidak boleh mengharuskan perbuatan yang haram bukan sahaja diaplikasikan dalam bab ini, tetapi di dalam semua bab di dalam fekah seperti ibadat, muamalat, perundangan dan lain-lain. Contohnya, seseorang tetap haram bersembahyang dengan menyembah (mengadap) pokok sekalipun niatnya ikhlas untuk khusyuk, seseorang pemain judi tetap haram sekalipun niatnya ingin bersedekah kepada pemenang, seseorang guru tetap dikenakan hukuman kisas jika membunuh muridnya sekalipun dengan niat mendidik, dan banyak lagi bab yang aplikasi yang sama di dalam semua bab fekah.

Penutup, Kesimpulan dan Saranan.

Kesimpulan daripada kajian pihak MPPH adalah seperti berikut:
1.  menyalakan lilin dengan tujuan pemujaan, perkabungan dan kepercayaan-kepercayaan tertentu berkaitan dengan roh adalah haram.
2.  Menyalakan lilin sebagai simbolik tertentu adalah syubhat yang perlu dihindari oleh umat islam
3.  Meniru cara bukan islam hukumnya adalah seperti berikut:
a.    Jika ianya berkategori ibadat, maka hukumnya adalah haram.
b.    Jika ianya berkategori adat yang tidak bermanfaat, tidak mempunyai apa-apa makna dan erti yang relevant dan realiti dan mempunyai susur galur keagamaan, maka ia juga dilihat sebagai haram.
c.    Jika ianya berkategori adat yang bermanfaat, maka ia diharuskan. Bahkan jika ianya dikategorikan sebagai hikmat dan kebijaksanaan, maka umat islam digalakkan mengambil dan menguasainya kerana ia adalah barangan milik orang islam yang telah hilang sebagaimana menurut satu hadis.
4.  Hukum yang tidak membolehkan umat islam berkabung dengan cara memegang lilin, bukan dengan maksud umat islam tidak boleh bersimpati dengan kematian Teoh Beng Hock. Bahkan umat islam bukan sahaja diharuskan bersimpati, bahkan wajib membela kematian beliau, wajib mengenengahkan penjenayahnya, memerangi mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut sekalipun umat islam terpaksa mengorbankan diri mereka sendiri. Dalil kepada kewajipan menentang kezaliman cukup banyak daripada Al-Quran dan Hadis, sekalipun yang dizalimi itu adalah non-muslim dan pelaku kezaliman itu adalah muslim sendiri.
Saranan daripada pihak MPPH adalah sebagaimana berikut:
1.  Umat islam perlu menjadikan nas-nas islam sebagai sumber hukum hakam yang perlu dipatuhi dalam semua tindak-tanduk mereka, termasuk yang berkaitan dengan politik.
2.  Jangan menjadikan hasilan kajian ini sebagai bahan politik murahan dengan menangguk di air keruh bagi mendapatkan keuntungan politik.
3.  Jadikan kertas ini sebagai teguran dan garis panduan kepada umat islam umumnya.
 4.  Pihak kami juga mencadangkan supaya pusat-pusat kajian yang mempunyai hubungan dengan kerajaan dan UMNO supaya tampil membuat teguran terbuka dan mendedahkan hasil kajian ilmiah jika pemimpin mereka melakukan kesilapan atau kesalahan yang boleh mengelirukan orang ramai.
5.  Kami mengharapkan, isu memegang lilin jangan distrategikan sebagai strategi murahan lapuk guna untuk menutup isu utama, iaitu punca kematian Teoh Beng Hock.
6.  dalam isu ini, media mestilah mengutamakan isu keadilan dan tuntutan ketelusan siasatan berhubung dengan kematian Teoh Beng Hock.
([1]) Temuramah dengan bekas penganut Buddha, pengamal agama Buddha dan termasuk dengan Professor daripada Cina.
http://www.webhealing.com/articles/lama.html
([2]) Temuramah dengan bekas penganut Buddha, pengamal agama Buddha dan termasuk dengan Professor daripada Cina. Antara kisah yang menunjukkan kepercayaan di atas boleh dirujuk di dalam web http://www.webhealing.com/articles/lama.html.
([3]) Rujuk: http://www.missionary-independent.org/candle-altar-lucky-buddha.html
([4]) Takwilan ini adalah hasil temuramah dengan beberapa golongan muslim yang mengamalkan perkara tersebut. Contohnya seperti nyalaan dan tiupan lilin sempena memperingati hari lahir atau dinamakan sambutan hari jadi dan seumpamanya. Tetapi bagi pandangan penyelidik, ia adalah ikutan dan tiada asas yang kuat berkenaan takwilan tersebut.

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin