'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Pena Tok Guru

Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Wednesday, October 21, 2009

Himpunan Kenyataan Akhbar

Kenyataan Akhbar Pesuruhjaya PAS Wilayah

Date: 09 Aug 1999
Time: 22:51:25

Kenyataan Akhbar Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

Presiden PAS, Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor akan menyampaikan ucapan di majlis makan malam dan dialog anjuran PAS Wilayah Persekutuan yang akan diadakan di Hotel Federal, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 25hb Ogos 1999.

Ketua Hakim Negara yang dipecat oleh Dr Mahathir, Tun Salleh Abas akan menjadi tetamu kehormat bersama-sama bekas-bekas Hakim, peguam-peguam Datuk Seri Anwar, ahli-ahli akademik serta pemuka masyarakat.

Majlis dialog ini akan membicarakan persoalan Keadilan Era Dr Mahathir yang semakin menghakis kepercayaan rakyat terhadap persoalan keadilan undang-undang dan institusi kehakiman.

PAS melihat kebebasan institusi kehakiman seolah-olah sudah terbatas. Ini boleh dilihat secara jelas dalam perbicaraan yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadilan telah dipertikaikan sejak tahun 1988, apabila Tun Salleh dipecat oleh Dr Mahathir dengan menggunakan kuasa politik membentuk Tribunal 9 orang Hakim Mahkamah Agung.

Perbuatan Dr Mahathir ini, dengan jelas meletakkan institusi kehakiman di bawah gengaman politiknya, yang menyebabkan dia sangat berkuasa dan berpengaruh dalam negara.

Sebab itu di dalam bukunya yang bertajuk May Day For Justice, Tun Salleh mendakwa Dr Mahathir adalah penipu. Dr Mahathir mendakwa beliau kononnya mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong selepas kabinet bersidang, pada hari Rabu 1hb Mei 1988 yang berkaitan dengan penyingkiran Ketua Hakim Negara. Sedangkan 1hb Mei 1988 adalah hari Ahad dan cuti Hari Buruh.

YTM Tunku Abdul Rahman di dalam buku tersebut menyatakan,”Saya tidak faham bagaimana sesebuah Kerajaan yang berwibawa sanggup terus berkuasa selepas buku ini diterbitkan. Ianya merupakan suatu pengabaian yang tidak dapat dijawab tanpa mengakui perangai paling keji dalam kehidupan awam.”

Presiden PAS akan menyentuh persoalan kehakiman dan undang-undang dengan lebih jelas dalam majlis makan malam tersebut.

PAS Wilayah Persekutuan menjemput semua rakyat pelbagai kalangan yang prihatin dengan persoalan keadilan supaya hadir di majlis makan malam tersebut menyatakan sokongan mereka terhadap perubahan yang akan dilakukan oleh PAS bersama rakan-rakan alternatif.

HAJI AHMAD SUBKY ABDUL LATIF Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin