'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Pena Tok Guru

Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Wednesday, October 28, 2009

TEKS UCAPAN DASAR PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Sumber: http://ydppasputrajaya.blogspot.com

IJTIMAK PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

29 JAMADULTHAANI 1430/24 JUN 2009a

ISLAM TERLAKSANA WARGA SEJAHTERA
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya”

MUQADDIMAH

Kita berijtimak pada pagi ini dalam suasana sambutan 35 tahun PAS Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan 17 April 1974. Dalam tempoh tersebut seramai 9 orang pesuruhjaya silih berganti bersama-sama para amilin meneruskan perjuangan dengan menempuh cabaran yang mendatang.

Perjuangan menegakkan Islam sebagai ad-Deen dan menghayatinya dalam kehidupan diri, masyarakat dan Negara bukanlah tanggungjawab yang ringan. Matlamat perjuangan ini bukan dapat dicapai dalam lingkingan masa yang singkat. Ia tidak boleh dijangkau dalam waktu yang singkat dengan tenaga yang minimum. Perjuangan ini adalah perjuangan yang berterusan, perjuangan seumur hidup, perjuangan yang sentiasa meminta pengorbanan dan jihad yang tidak terhenti dengan kekalahan atau kemenangan. Sama ada kalah atau menang perjuangan menegakkan agama Allah SWT tetap menuntut pengorbanan dan jihat yang berterusan dari kita semua.

Firman Allah Azzawajalla:-
“jika apa yang kamu bawa ini harta benda dunia yang mudah dicapai dan perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka (dengan mudah) akan mengikutimu. Tetapi jarak perjalanan begitu jauh untuk mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah SWT (dengan berkata) jika kami berupaya keluar, maka kami akan keluar bersama kamu. Mereka membinasakan diri sendiri dengan sumpah yang dusta dan Allah Mengetahui sesungguhnya mereka adalah dusta” At-Taubah:22

PILIHANRAYA

PAS Wilayah Persekutuan telah menyertai pilihanraya sjak tahun 1978 iaitu pilihanraya Umum ke 5 di kawasan Parlimen Damansara. Namun belum dianugerahkan kemenangan sehinggalah pada Pilihanraya Umum ke 12 bulan Mac 2008 yang lalu. Alhamdulillah seiring dengan perubahan lanskap politik tanah air Pas Wilayah Persekutuan Berjaya menghantar anak sulung ke Parlimen menerusi kemenangan YB Dr Lolo Mohd Ghazali di kawasan Titiwangsa.

Kemenangan yang dicapai bukan jatuh menggolek, ianya hasil daripada gerakkerja yang berterusan dengan penoh istiqamah serta pengorbanan daripada amilin. Ianya diperkukuhkan dengan penerimaan orang-orang bukan Islam kepada mengisi dan mengekalkan kemenangan adalah lebih payah daipada mencapai kemenangan. Justeru itu, gerakkerja yang lebih sistematik daripada Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa serata dokongan sepenohnya daripada seluruh PAS kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan perlu digembeling bagi menyedarkan masyarakat dengan kejhadiran PAS. Kita bimbang kerana sering berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan atau kemenangan menyebabkan berlakunya kelekaan dalam menjalan tugas dan member sumbangan kepada parti.

Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan harus diremajakan bagi mempersiap siagakan seluruh mujahid dan mujahidah pada setiap masa. Pilhanraya Umum ke 12 telah menzahirkan pembahagian kawasan bertanding yang tidak adil bagi Pas Wilayah Persekutuan dengan PKR. Sepanjang 35 tahun, Pas Wilayah Persekutuan hanya semacam dijadikan papan catur oleh PAS Pusat dan seharusnya ia tidak berulang lagi ketika Pilihan raya Umum ke 13 nanti.

TARBIYYAH

Tabiyyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. Penubuhan Majlis Nuqaba’ Pas Wilayah Persekutuan perlu disokong bersama untuk kita terus menerus menjalani proses tarbiyyah, supaya usaha yang berterusan ini berupaya membentuk kesempurnaan akhlak, roh dan akal fikiran kita semua bagi mendapat keredhaan Allah Azzawajalla.

Bagi semua Dewan & kawasan perlulah memastikan unit-unit Usrah berjalan disemua peringkat mengikut manhaj tarbiyyah yang telah sedia disusun oleh Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat. Jangan ada seorang pun dari ahli-ahli Pas di kawasan saudara-saudara terkecuali dari menekuni proses tarbiyyah kerana inilah kekuatan maknawi yang perlu dibina selain dari kekuatan maddi sepertimana Firman Allah SWT;

"dan bersiap sedialah sedaya mungkin dengan kekuatan dan pasukan berkuda yang dengannya kamu dapat menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu” al-Anfal : 60

Ahli-ahli baru termasuk yang diterima sewaktu kempen “JOM SERTAI PAS” hendaklah disediakan suatu program induksi tarbiyyah bagi menanamkan tanggungjawab sebagai keluarga Harakah Islamiyyah PAS. Kesemua ahli PAS Wilayah Persekutuan perlu memahami tujuan penubuhan Parti Islam Semalaysia PAS seperti yang dinyatakan dalam muqaddimah perlembagaan PAS adalah:

“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan demi untuk menyempunakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesame manusia yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma’ruf wan nahyu anil munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SEMALAYSIA.”

ORGANISASI

Orang yang selalu merujuk organisasi sebagai satu unit social yang terdiri daripada dua orang atau lebih yang dengan sengaja menyelaraskan kegiatannya kea rah mencapai satu manfaat atau objektif bersama. Kepada kita ahli PAS, kita penoh yakin bahawa kita berada dalam organisasi kerana menurut perintah Allah Azzawajalla.

“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang berperang dijalannya dengan tersusun seoalah-olah mereka satu binaan.” Al Soff : 44

Meskipun demikian, masih ada ruang-ruang yang perlu diperkemaskan. Ada kawasan PAS di Wilayah Persekutuan yang belum menubuhkan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda. Ada kawasan yang belum ada Ketua Urusan Ulama. Mungkin ada Ketua Urusan Ulama tetapi tidak ada jawatankuasanya sepertimana yang dikehendaki oleh Fasal 25/(4)(c) Perlembagaan PAS.

Kerana itu Dwan-Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda negeri perlu memastikan bahawa menjelang tahun 2010 semua perkara ini dapat diselesaikan. Kawasan yang belum bertambah cawangan perlu mempunyai plan strategik kearah itu di samping meningkatkan kualiti cawangan sediaada. Usah kita berada dalam kelompok zon selesa kerana kerja yang perlu dilaksanakan lebih banyak dari masa yang kita ada.

Dalam hal ini Majlis Setiausaha PAS Wilayah Persekutuan perlu lebih aktif dan kreatif dan boleh bertindak secara berkesan untuk saling membantu Dewan dan kawasan demi mencapai matlamat bersama.

KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

Samaada kita mengakui atau tidak, masyarakat Wilayah Persekutuan sudah merasai kehadiran PAS. Persoalannya adakah ianya menyeluruh atau tidak. Kerana itu PAS Wilayah Persekutuan bersama Dewan dan kawasan perlu memperkasakan organ-organ Parti yang sedia ada seperti Unit Amal, Nisa’, PASTI, Lajnah-lajnah kebajikan dan Kelab Penyokong PAS agar lebih terarah. Sudah sampai masanya dirancakkan usaha “Satu kawasan satu NGO” bagi memudahkan lagi kita mendampingi masyarakat.

PAS Wilayah Persekutuan akan mampu meneruskan perjuangan setelah 35 tahun berada di tengah masyarakat kota. Ianya adalah natijah daripada kekuatan yang ada hasil dari jihad dan pengorbanan saudara semua muslimin muslimat. Kekuatan yang ada pada kita tidak boleh disia-siakan dan ia hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan perjuangan Islam yang kita bawa.

Kekuatan yang terdapat pada lisan kita tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Cara penggunaan lisan yang sebaik-baiknyadalam perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) ialah menasihati sebelum mengecam, mencadang sebelum mengkritik, member khabar gembira sebelum khabar menakutkan, menunjuk jalan kebenaran sebelum member amaran dan peringatan. Mudah-mudahan Ijtimak pada kali ini mengahasilkan natijah yang baik demi penerusan kelangsungan perjuangan PAS Wilayah Persekutuan.

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata; Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu) maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.” Al-Ahqaf : 13

Sekian, wasalam
HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMADPESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
29 JAMADULTHAANI 1430/24 JUN 2009
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin