Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.
PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab.
Sebagai Menteri Pelajaran beliau memang berhak umumkan peruntukan empat buah sekolah baru yang telah diperuntukan dalam Budget 2010. Tetapi bagi menangani isu banjir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kena turun padang. Peruntukan untuk Masjid pula adalah dibawah tanggungjawab Menteri yang jaga JAKIM bukan Timbalan Perdana Menteri. Beliau langsung tidak hormat potfolio Menteri lain dan turut mendahului Perdana Menteri.
Jelas, lawatan beliau adalah lawatan politik dan Muhyiddin pulun habis untuk umumkan semua projek yang sebenarnya diperlukan rakyat sejak zaman BN memerintah lagi.
Malangnya, dalam sibuk pulun semua isu rakyat di Hulu Selangor beliau dimalukan oleh Bernama dengan pendedahan kisah empat orang guru di sebuah sekolah rendah Long Latin Ulu Baram, Sarawak termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit seluas 20 x 10 kaki dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu.
Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah dibawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' Menteri Pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.
Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20x10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta dirumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana Kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram.
Pendedahan ini amat memalukan kerana guru-guru ini mengajar dikawasan Parlimen BN, yang mana ahli Parlimennya, Datuk Jacob Dungau Sagan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini. Sewajar sebagai Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang.
PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil dari kudis-kudis yang ada dalam pengurusan Menteri Pelajaran dan Kerajaan BN. Diluar bandar sekarang masih banyak kawasan yang belum mendapat peruntukan pembangunan yang sewajarnya. Jika inilah keadaannya, jangan harap guru-guru dari Semenanjung mahu dihantar bertugas disana.
Mereka bukan tidak mahu membantu masyarakat disana. Mereka mahu, tetapi dengan sikap 'double standard' Kerajaan BN mereka khuatir akan diabaikan. PAS mahu BN buktikan keikhlasan mereka dan membantu semua kawasan Parlimen tanpa perlu menunggu ahli Parlimen dikawasan itu meninggal dunia.
PAS yakin rakyat di Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan taktik projek politik BN ini. Yakinlah, rakyat di Hulu Selangor akan dapat bantuan yang lebih banyak jika terus mengundi Pakatan. BN akan tabur seberapa banyak yang mereka mahu untuk rampas kembali Hulu Selangor. Inilah peluangnya untuk rakyat Hulu Selangor menuntut hak mereka yang telah diabaikan sejak 50 tahun lalu.
Tetapi jangan sesekali tertipu dan undi BN lagi. Jika tidak, anda akan rugi untuk 50 tahun akan datang pula kerana bantuaan BN hanya datang kali ini sahaja.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Pena Tok Guru
Himpunan Berita PASWP
-
Sama tapi serupa!!! - Macam-macam la pemimpin kita hari ini tak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Yang terbaru mengenai kes salahguna dana RM100 juta dari Kementeri...2 years ago
-
SABAH PAS DEMANDS BUILDING FOR SYARIAH COURT - PAS SABAH MEDIA STATEMENT Sabah Pas demands state government to urgently provide a temporary premise or building for the operation of syariah court at Ko...2 years ago
-
-
Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah - Pemimpin Umno-BN menjadi dalang utama merampas sejumlah besar tanah kampung Melayu warisan bukan sahaja di Lembah Klang juga seluruh negara dengan bertopen...4 years ago
-
Penukaran Blog Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan - Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) ingin memaklumkan kepada semua pembaca bahawa blog DPPWP ini telah bertukar ke ... Continue...5 years ago
-
Sepakat PR membawa rebah BN - Nasharudin: PKR hormati keputusan Majlis Syura PAS Bila kesepakatan menjadikan syaitan (baca Be eNd) yang dikenali menangis tak berlagu. Peluru terakhir me...5 years ago
-
RAMADAN MENJANA TAQWA - RAMADAN MENJANA KETAQWAAN MUQADDIMAH : Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah (swt) dan dapat bertemu dengan Ramadan lagi. Ramadan mer...5 years ago
-
HANYA KERANA S. AMBIGA - Oleh: WFAUZDIN NS GEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan gempitanya mereka mengalahkan...6 years ago
-
SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN PERWARIS TANAH KG BHARU - Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli Parlim...6 years ago
-
Dewan Ulamak PAS Pusat lancar MAQTAR dan Ihya' Ramadhan - Oleh: *sripetaling* "[image: pic_maqtaris_01]*Kuala Lumpur, 26 Julai 2011* - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) pada 23 Julai yang lepas telah berjaya melancark...6 years ago
-
Pemuda PAS sentiasa teguh bersama rakyat Mesir - KUALA LUMPUR, 31 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan pendiriannya akan berdiri teguh bersama rakyat Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahank...7 years ago
-
Labuan selepas 26 tahun... Hak dan Keistimewaan sebagai sebuah Wilayah - Sudah 26 tahun Labuan menjadi Wilayah Persekutuan…walaubagaimanapun kemajuan di Labuan jauh ketinggalan berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan P...7 years ago
-
-
-

Sila Clicks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
التطورات على مدار الساعة
-
MALAYSIA'S GENEROSITY By Dr. Mahathir Mohamad on April 29, 2010 6:00 PM The Edge Financial Daily...
-
Presiden PAS dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Pesekutuan rakam takziah Sumber :Harakahdaily dan PASWP KUALA LUMPUR 21 Mei 2010: Presid...
-
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Forum Ekonomi Islam Dunia ( World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Kual...
-
Kepada PAS Kawasan2 WP dan LAbuan minta download risalah2 berkenaan dan sampaikan kepada kawasan dan cawangan2,tksh
-
NAJIB MEMALUKAN MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM (26 Februari 2011) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato’ Seri Mohd Najib Tun...
-
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 Mei: Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Nordin Md Nor telah kembali ke rahmatullah jam 6.50 petang ta...
-
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS 27 Februari 2011 "Takziah di atas pemergian Dr Necmettin Erbakan ke rehmatullah" Dengan Nama Allah ...
-
Artikel di bawah bersumber daripada Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), sumber Virtual University. Satu penjelasan berkenaan is...
-
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunakan pentas Felda untuk mengugut pa...
-
Hapuskan saman ekor sekiranya Pakatan Ke Putrajaya" 1 Mac 2011 Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor seki...

No comments:
Post a Comment