'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Thursday, April 1, 2010

PAS Mahu Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?

PAS hanya melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Pendedahan mantan pengerusi Pos Malaysia ini juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.

PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga niaga ini dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanal Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini. Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin