'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Friday, April 23, 2010

PAS Cabar Najib Saman Media Antarabangsa Berhubung Isu Sekatan Eksport Gas ke Iran & APCO

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, AFP dan Reuters berhubung pendedahan mereka tentang sekatan eksport gas ke Iran oleh Petronas sebagai usaha Malaysia untuk menyokong Amerika yang berkempen untuk melakukan sekatan ke atas negara itu.

Media AFP turut melaporkan bahawa Najib dalam pertemuannya dengan Barack Obama didalam Nuklear Security Summit, Washington baru-baru ini memberikan amaran kepada Iran bahawa negara itu perlu mendapatkan kepercayaan antarabangsa dan satu-satu cara untuk mendapatkan perkara itu adalah dengan bersikap telus dan membenarkan IAEA membuat siasatan keatas program nuklear dinegara itu.


Walaupun Najib menafikan bahawa Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran kerana menyokong kempen Amerika, namun itu tidak dapat menafikan kerjasama Malaysia untuk menekan Iran bersama Amerika.
Sebelum ini negara dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Malaysia membayar syarikat perunding yang dikuasai pelobi Israel, APCO dengan bayaran RM 77 juta setahun. Dan APCO yang menjadi sandaran untuk program 1 Malaysia juga merupakan syarikat perunding utama yang banyak mempengaruhi keputusan Amerika dan Britain untuk menyerang Iraq pada 2003.

Sebelum itu, syarikat berkenaan memainkan peranan memburuk-burukkan negara Islam selepas tragedi 911, dalam usaha mereka melindungi kepentingan kuasa zionis di Timur Tengah.
Tekanan ke atas Iran juga dipercayai adalah pengaruh dari APCO yang melihat negara itu sebagai ancaman. APCO juga telah membawa Najib berjumpa Obama, untuk mengukuhkan pengaruh mereka dinegara ini selepas rakyat mengetahui pembabitan mereka dalam Kerajaan selama ini.

Keengganan Najib menyingkirkan APCO dari Putrajaya membuktikan Kerajaannya dikongkong dan tidak bebas dari pengaruh antarabangsa.Malaysia yang selama ini bersuara lantang dalam isu Palestin dan Nuklear menjadi lemah selepas Najib mengambil alih. Najib perlu membuktikan identiti Malaysia dalam dirinya dan meneruskan hubungan baik negara ini dengan Iran dan seluruh negara Islam.

Malaysia juga harus mainkan peranan untuk membantu Iraq memerdekakan dirinya dari penjajahan serta menghalang usaha Amerika dan sekutunya yang tekad untuk menyekat ekonomi Iran.Rakyat menunggu Najib menyaman media-media barat dan menghalau APCO dari negara ini dengan segera sebagai membuktikan komitmennya dalam membina hubungan baik dengan Iran dan negara Islam lainnya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin