'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Wednesday, February 16, 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

"Jangan Iktiraf Penghinaan Islam"
15 Februari 2011


1. Negara sekali lagi telah gempar dengan langkah pihak tertentu yang mahu membawa masuk seorang penyanyi yang bernama Mohsen Namjoo ke KLCC Convention Center pada 18 Feb 2011. Penyanyi ini diberi jolokan sebagai "Iran Bob Dylan" oleh New York Time satu ketika dahulu.

2. Mohsen Namjoo merupakan seorang penyanyi kelahiran Iran dilaporkan kini beliau tidak lagi menetap di Iran. Apa yang menjadi persoalan ialah latar belakang artis ini mencetus kontraversi apabila beliau dikatakan telahmenghina Islam menerusi lagu - lagu yang dinyanyikannya.

3. Mohsen Namjoo juga dilaporkan pernah dipenjara oleh kerajaan Iran atas kesalahan ini dan kemudiannya dibebaskan setelah beliau memohon maaf, namun beliau masih mengulangi perbuatan yang sama . Terakhir beliau membuat persembahan di Berlin dan masih mengekalkan sikap beliau dengan mengejek, menghina dan sinis terhadap agama Islam.


4. Mohsen Namjoo sememangnya mendapat sambutan hangat di barat, namun jika benar sebagaimana yang dilaporkan oleh media bahawa beliau adalah seorang penyanyi yang gemar menghina Islam dalam persembahannya, maka saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh pihak kerajaan membatalkan permit penganjuran dan menghalang kemasukan beliau ke negara kita untuk membuat persembahan .

5. Saya bimbang kehadhirannya ke negara ini dengan sifat beliau sebagai figure yang suka menghina Islam akan menyinggung dan mencetus kemarahan ummat Islam . Justeru itu, dimasa akan datang kerajaan melalui kementerian terbabit mestilah terlebih dahulu teliti dan mengkaji latar belakang penyanyi ini sebelum memberi tempat kepada beliau untuk membuat persembahan di negara ini.

6. Selayaknya artis yang mempunyai rekod serta masih menghina Islam, mencetus ketegangan antara agama dan kaum, menyinggung perasaan masyarakat dengan persembahan keterlaluan seperti berunsur lucah tidak diberi laluan atau kebenaran [ permit ] oleh pihak berkuasa untuk tampil membuat persembahan dan membiarkan ia menjadi ikon kepada masyarakat.

7. Kami percaya masih ramai artis dalam atau luar negara yang baik dan positif penampilan serta persembahannya yang boleh diundang untuk membuat persembahan. Kenapa mesti mengundang atau membiarkan artis yang mencetus kontraversi sebegini diberi laluan . Apakah kerajaan terlepas pandang atau sengaja tidak memandangnya ?


Nasrudin Hasan At-tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin