'Kalimah Toibah Melahirkan Generasi Bertaqwa'

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Himpunan Berita PASWP

Sila Clicks

Monday, February 14, 2011

PAS Wilayah Perkukuhkan Skuad Media

Khairul Izwan
http://www.harakahdaily.net


KUALA LUMPUR, 13 Feb 2011: PAS Wilayah Persekutuan berjaya menganjurkan Seminar Kewartawanan dalam usaha mewujudkan skuad media PAS Wilayah Persekutuan.


Seminar anjuran Lajnah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan itu bertempat di Bangunan Kohilal telah mendapat sambutan menggalakkan dari para peminat media di sini.



Dalam usaha menjayakan seminar tersebut, pihak penganjur telah menjemput dua penceramah iaitu Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily untuk memberi pendedahan berkenaan asas penulisan berita.



Peserta juga diberi pendedahan berkenaan cara pengendalian kamera video oleh  Shukri Mohamad, jurukamera di Harakahdaily.



Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Amran AlNahrain berkata, seminar berkenaan di harap mampu memberi pendedahan kepada ahli untuk lebih mahir dalam usaha membentuk skuad media PAS Wilayah Persekutuan.



"Penganjuran ini (seminar) diharap memberi pendedahan kepada ahli untuk lebih berkemahiran memberi berita yang kita(PAS Wilayah Persekutuan) perlukan terutama  berita di ibu kota.



"Kita dalam usaha membentuk skuad media adalah satu projek yang mampu memberi kebaikan kepada PAS Wilayah Persekutuan," katanya dalam seminar tersebut.



Merurut beliau lagi, ramai ahli yang mempunyai blog- blog dan mempunyai minat dalam penulisan.



Tambahnya, satu lagi projek yang akan di jalankan ialah menempah jaket skuad media ini kepada sesiapa yang berminat menyertai skuad tersebut.



Seminar tersebut di hadiri kira- kira 20 peserta dan ternyata peserta mendapat pendedahan yang berguna daripada seminar tersebut.

No comments:

Post a Comment

التطورات على مدار الساعة

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP kepada Negeri Kedah

Berita Semasa

Berita Semasa
Sumbangan PAS WP Kepada Negeri Perlis

Viva Gaza Palestin

Viva Gaza Palestin