万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...
4 years ago
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Nordin Md Nor telah kembali ke rahmatullah jam 6.50 petang tadi akibat sakit jantung. Allahyarham berusia 64 tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan. Menurut isterinya, Hajah Firda Gusni Firdaus, allahyarham diserang angin ahmar ringan ketika mempengerusikan mesyuarat PAS kawasan pada 16 Mei lalu. Katanya, allahyarham sempat bertahan dan meneruskan mesyuarat hingga selesai dan pulang ke rumah dalam keadaan berpapah seterusnya dibawa ke hospital keesokan hari. Difahamkan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh jam 10 pagi esok. |
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh | |||
|
Ditulis oleh Harakahdaily |
MONDAY, 29 MARCH 2010 04:46 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015. Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan. "Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan. "Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain. "Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi. Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya. Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat). Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi. Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan. "Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi. Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik. Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun. |
Rusli Islam |
KUALA LUMPUR, 21 Feb: PAS Wilayah Persekutuan bersedia mendedahkan tembelang sebenar Umno di sebalik lakonan mereka sebagai Juara Rakyat .Pesuruhjayanya, Mohamad Nor Mohamad berkata, ahli mestilah bekerja keras bergerak di dalam masyarakat bagi mendedahkan tembelang Umno itu. "Isu akan menjadi perkara keburukan sekiranya perkara sebenar tidak sampai kepada masyarakat. "Isu akan menjadi bererti atau terdedah kepada implikasi (tidak baik) bergantung kepada saudara-saudara (ahli PAS) semua," katanya ketika merasmikan program Taklimat Isu-isu Semasa Peringkat PAS Wilayah Persekutuan di Taman Sri Rampai, Setapak hari ini dan melancarkan Kelab Penyokong Maya PAS Wilayah. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad akan membentangkan kertas kerja berkenaan isu-isu yang berlaku dalam negara dan pelbagai perbuatan jijik Umno di sebalik slogan Juara Rakyat. Sementara itu Taklimat Mansuhkan PPSMI pula akan diberikan oleh Prof Emeritus Abdullah Hassan. |
Rusli Islam |
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Walaupun telah dijanjikan oleh beberapa Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti semenjak tahun 1990, agenda pembangunan Kampung Baru masih dilihat kabur. "Semacam tidak ada satu kesungguhan dari pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru ini. Semenjak dari zaman Dr Mahathir (1990) hinggalah sekarang diperkatakan tentang pembangunan Kampung Baru tapi tidak ada satu tindakan kerajaan yang menunjukkan usaha tersebut.![]() Beliau berkata, ketika Umno menjadi wakil rakyat di Titiwangsa, pelbagai program termasuk perbincangan berkaitan pembangunan Kampung Baru selalu melibatkan Ahli Parlimen Umno tersebut. "Anehnya ketika Pakatan Rakyat menang, tidak ada peranan yang diberikan kepada ahli parlimen kita (Dr. Lo’ Lo’')," ujar beliau. Katanya, dalam perancangan draf KL 2020, pandangan penduduk telah diketepikan projek berkenaan melibatkan tanah penduduk tersebut. "Kerajaan berkata rakyat didahulukan tetapi (hakikatnya) rakyat dikemudiankan (dan) menjadi mangsa kepada pembangunan ini," tambahnya. Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin yang merupakan orang lama dalam PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, sebenarnya pembangunan Kampung Baru telah diwar-wakan sejak tahun 1974 lagi, semasa beliau menjadi calon di Setapak. Katanya, janji-janji untuk membangunkan Kampung Baru sering ditaburkan apabila menjelang pilihan raya dan mesyuarat agung Umno tetapi tidak ada hasilnya sehingga kini.Walaupun persekitaran Kampung Baru telah lama dimajukan dan banyak bangunan-bangunan yang telah wujud tetapi ia masih lagi seperti dahulu. Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo’ sendiri pernah mencadangkan suatu badan amanah diwujudkan bagi menguruskan Kampung Baru supaya pengurusannya lebih telus dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.Tanah yang luasnya kira-kira 103.5 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur itu menjadi mercu tanda penduduk-penduduk Melayu yang berada di tengah ibu kota. Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Zamri Asad Khuzaimi pula berkata, dalam tempoh tiga tahun, tidak kurang daripada tiga jenis pembangunan yang dipromosikan di Kampung Baru. "Antaranya ialah Draf KL 2020 yang sepatutnya telah bermula sekarang. Walaubagai manapun rancangan ini belum pun diluluskan oleh menteri dan Datuk Bandar. "Projek Puncak Baru pula pernah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac 2001 lalu dan tidak diketahui apa statusnya sekarang ini," katanya. Beberapa hari lepas pula katanya, pembangunan komprehensif Kampung Baru dengan peruntukan sebanyak RM4 juta telah dijanjikan oleh Perdana Menteri. Beliau yang juga Pengerusi Juham turut mengatakan terdapat percanggahan di antara kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan dalam isu ini."Najib (PM) berkata penduduk tidak perlu pindah dan Raja Nong Chik (menteri) pula berkata sebahagian penduduk perlu pindah," katanya.Katanya, PAS Wilayah juga sangat tidak bersetuju dengan undang-undang baru yang dicadangkan oleh Raja Nong Chik mengenai pembangunan di Wilayah Persekutuan. Undang-undang itu, mengatakan bahawa semua penduduk dianggap bersetuju sekiranya 80 peratus daripada keseluruhan penduduk bersetuju dengan cadangan kerajaan dalam masalah pembangunan tanah Wilayah Persekutuan. "PAS memandang ini sebagai ugutan dan provokatif dari Menteri Wilayah. Suatu yang tidak munasabah kerana dalam apa-apa jua pembangunan, kaedah undang-undang adalah yang terakhir," katanya. Katanya, kaedah pertama mesti diadakan perbincangan yang melibatkan penduduk, Malay Agriculture Settlement (MAS), wakil rakyat, DBKL dan kerajaan. PAS Wilayah Persekutuan turut menegaskan, semua kampung-kampung warisan tanpa mengira bangsa di sekitar Kuala Lumpur mesti dikekalkan dan pembangunannya juga mestilah memberi manfaat kepada penduduk tanpa memindahkan mereka. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan mengecam tindakan pihak polis menggempur Majlis Sambutan Ulang tahun Pakatan Rakyat WP di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 7 Mac lalu. Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri berkata, tindakan pihak polis yang hadir bersama anggota FRU dan dua trak meriam air bukan sahaja memberi mesej yang sangat negatif terhadap amalan demokrasi di negara ini, malah ia mencabul hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Kita kesal dengan tindakan agresif dan biadap pihak polis yang menggempur Majlis Sambutan Ulangtahun Pakatan Rakyat WP. "Alasan yang diberikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Abdul Aziz Zakaria bahawa pihak penganjur tidak mendapat permit adalah alasan lapuk yang sangat dangkal dan tidak berasas sama sekali," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Titiwangsa. Jelasnya majlis sambutan tersebut diadakan di dalam premis persendirian milik Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya dibuat di tempat awam yang terbuka. Apatah lagi program tersebut adalah satu perhimpunan secara aman yang dimulakan dengan majlis jamuan rakyat dan diikuti dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "Tidak ada langsung unsur-unsur kekacauan dan trafik berjalan dengan sangat lancar sehinggalah kehadiran pihak polis dan FRU yang bertindak ganas dan biadap dengan membelasah beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat sehingga mengalami kecederaan yang teruk," katanya lagi. Mahkamah Tinggi Kuantan dalam satu kes yang melibatkan pimpinan PAS baru-baru ini telah memutuskan bahawa sebarang program yang dibuat di dalam premis persendirian tidak memerlukan penganjur mendapatkan permit polis. "Adakah program anjuran Pakatan Rakyat kini dianggap lebih merbahaya dari kes-kes jenayah ragut, rompak, rogol, bunuh, dadah, curi dan sebagainya yang sepatutnya memerlukan tindakan dan pemantau pihak polis," soalnya. Apa yang menghairankan rakyat katnya ialah dalam himpunan yang dibuat oleh Pemuda UMNO di hadapan Kedutaan Australia dan perarakan serta demonstrasi haram yang dibuat oleh sebuah NGO di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka tidak langsung "dijentik" oleh pihak polis. Malah tambahnya tidak kelihatan pun trak-trak meriam air ataupun tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan haram tersebut walaupun peserta-peserta bertindak liar dengan melakukan pembakaran di atas jalan raya dan membuat ucapan-ucapan yang berbau hasutan dan perkauman. "Apakah terdapat dua set undang-undang yang berbeza di negara ini? Bilamana ia dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, maka undang-undang yang ketat dan disusuli dengan tindakan yang keras dan ganas akan digunakan. "Sebaliknya, jika ia dianjurkan oleh pihak yang pro-kerajaan, maka secara automatiknya pelaksanaan undang-undang tadi tidak lagi menjadi penting dan dibiarkan sahaja oleh pihak kerajaan dan polis," soalnya lagi. Dalam insiden 7 Mac lalu itu, sepasukan anggota Polis dan FRU menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala. |